"Objek biru." Tiba-tiba eimy bersuara. Kami berpandangan. Aku gelak disertai eimy.
"Eimy ingat, kau macam mana?" Monolog hatiku seusai kami bergelak.
FLASHBACK -kmtj-
"Eimy ingat, kau macam mana?" Monolog hatiku seusai kami bergelak.
FLASHBACK -kmtj-
Seumur hidupku itulah kali pertama aku menjadi SUPERWOMAN |
Sambil diperhatikan oleh sebilangan rakyat jelata. -mubin, torok dan dua orang yang tidak dikenalpasti- |
Tidak terkecuali dua orang perdana menteri. -anak panah menunjukkan seorang PM yang menilai tahap kebolehan superwoman terbang- |
Gini ha wa rasa masa tu. superwoman terkandas di lubang tandas. |
Terfikir juga lepas bangun tu. Kenapalah aku tak buat-buat mati ke pengsan ke. Sekurangnya eimy menangis untuk aku dan takdalah nak ketawakan. |
Ye itulah ceritanya. Yang pahit lama-lama menjadi manis. Kerana itu namanya kehidupan. Ada pahit dan manis. |
Pertemuan kita sebagai alumni untuk perkahwinan anak pengarah di KMTJ mentafsirkan kau kini lebih matang dari sebelumnya. Mungkin kerana kehidupan sebagai seorang student. Tapi kegilaan kau, kesengalan kau. kelucuan kau masih sebati. Itu memang diri kau.
Hanya Allah yang tahu degup jantung aku berdegup laju dan laju saat dia melaungkan seruan azan asar setelah berbulan lamanya aku tak dengar. Telingaku serta merta menjadi tuli pada perbualan mereka tetapi fokus pada seruan azan.
Mindaku ligat berputar mengingati segala kenangan sebagai alumni. Setiap gerak gerinya di sana bagai terpampang seperti siaran ulangan di mindaku. Kerana aku tahu zina mata itu wujud, pandanganku padanya hanyalah jelingan beberapa saat. Tapi cukup untuk aku mengagumi ciptaan Allah pada dia. Bagiku dia hampir sempurna walaupun tak sempurna. Sepanjang aku mengenalinya, sifat dia mengagumiku. Antaranya tak putus asa, profesional, cekal, tabah, ceria, senget, sewel, belagak (rendah hati), gila dan menghormati perempuan.
Kenapa gaya macam ni juga yang dia pilih untuk tangkap gambar. |
Memerhatikan dia membuatkan aku merasa rendah diri. Dia hampir sempurna sedangkan aku banyak yang belum sempurna. Solehah dan professional itu belum menjadi milikku dan masih sedang aku usahakan. Dia seorang yang positif sedangkan aku ditakuk negatif. Aku bimbang rendah diri ini menjadikan aku kufur nikmat dan hakikat. Semakin aku mengaguminya semakin aku merendah diri.
Antara dia dan naruto tiada beza. Auranya kuat. |
Sampai aku merasakan antara kita banyak jaraknya. Dia hampir sempurna. Sedangkan aku... |
Walau apapun, Kerana perasaan ini masih dijaga Allah. Jadi...
InshaAllah aku akan tunggu. Redha itu Ikhlas.
Harapan itu pada Allah bukan pada manusia. Merancang juga Allah bukan manusia.
hai, I am Olaf. And I like warm hug. -frozen- |
Lagipun aku dan dia baru 20. Terlalu muda untuk fikir soal ni (lebih mendalam). Dia menggalas tanggungjawab. Begitu juga aku. |
Teruskan berdiri di atas kaki itu. Jangan sekali pun kau lupa siapa dirimu. |
Tak ada jawapan kenapa
"aku masih simpan perasaan pada dia."
Hatta telah ramai yang aku jumpa di UTeM.
Tapi aku yakin ini ujian untuk aku.