************************************
Seorang lelaki masuk ke Butik Khadijah dan ingin memilih hadiah buat tunangnya. Lelaki tersebut meminta pendapat Humairah untuk memilih hadiah yang sesuai untuk tunangnya.
Humairah bertanya kepadanya.
"Encik taknak pilih tudung sebagai hadiah?"
Lelaki tersebut menggeleng. Humairah bertanya lagi,
"Kenapa encik taknak hadiahkan tudung?"
Lelaki tersebut menjawab.
"Tudung? Alahai dik, dah sinonim sangat la tudung ni."
Humairah menggeleng.
"Encik silap. Pemberian tudung tu sebenarnya tanda kasih sayang encik yang mendalam pada tunang encik."
Lelaki tersebut memandang wajah Humairah lalu bertanya.
"Kenapa pulak?"
Humairah tersenyum lalu menjawab.
"Encik, Allah menyuruh wanita supaya bertudung kerana Allah sayangkan golongan wanita. Tudung dapat mengelakkan kaum wanita terhindar dari fitnah dunia. Jadi tudung yang encik beri ni sebagai tanda kasih sayang encik supaya tunang encik terus terpelihara dari fitnah dunia dan yang paling utama azab neraka. Bukankah itu tanda kasih sayang yang paling berharga? Perempuan yang pakai tudung dengan sempurna mengikut syarak jugak akan nampak lebih sopan dan manis. Encik mesti nak tunang encik nampak macam tu kan?"
Lelaki tersebut terkedu mendengar hujah Humairah yang nampak bersahaja tapi berbisa.
"Ye. Memang betul. Abang suka hujah adik. Tapi ada tak sebab lain kenapa abang mesti hadiahkan tudung pada tunang abang?"
Humairah tersenyum. Lelaki itu sudah mula berminat untuk mendengarnya.
"Ada. Aurat seorang wanita hanya untuk lelaki ajnabinya sahaja. Jadi, bila tunang encik bertudung, auratnya terpelihara untuk encik seorang apabila encik menjadi suaminya nanti. Bukan untuk tatapan orang lain secara murahan. Bukankah itu hadiah yang bernilai untuk seorang suami?"
Lelaki tersebut tersenyum. Jawapan Humairah tadi betul-betul menyentuh hatinya.
"Baiklah. Tolong abang pilihkan tudung yang sesuai dengan warna kulitnya yang kuning langsat."

*petikan novel.