Mataku tertacap pada kaca televisyen. Siaran rancangan Buletin Utama TV3 yang sedang disiarkan sedikit sebanyak menggugat perasaanku kala itu. FITNAH! FITNAH! FITNAH! Hatiku menjerit namun tidak pula aku keluarkan dimulut. Ah! sama sahaja keadaannya, jika aku luahkan melalui tubir bibir ku. Tetap sahaja FITNAH itu disiarkan. Apa? Tentang Apa? Tentang apa yang aku katakan FITNAH? AH.. cukup, tak usah aku katakan. Banyak dan terlalu banyak.
Aku teringat saat aku ajukan persoalan yang terbenam dalam hatiku mengenai Buletin Utama TV3. Ayah katakan, "Sudah, ayah sudah hantar mesej kepada syarikat penerbitan tv3 ni supaya jangan disebarkan berita yang sebegini dan sebegitu kerana itu adalah FITNAH. Tapi syarikat tu balas, 'maaf, kami terpaksa melakukannya. Kami hanya menyampaikan apa yang telah diberitakan oleh kami daripada mereka yang diluar sana'"

Terkedu aku. Astaghfirullaha'adzim. Terus aku maju mencapai alat kawalan jauh televisyen dan 'tup' kaca televisyen yang tadi berwarna dan bergambar kini hitam, gelap dan kosong. Kosong seperti fikiranku ketika itu. Aku juga ingin mengetahui berita dan isu-isu semasa. Tapi............... Surat Khabar? Ah. Sama sahaja isinya. Tapi itu tak membuat aku seperti katak dibawah tempurung. Tidak. Aku remaja. Remaja Islam. Yang perlukan ilmu yang banyak selain iman dan akidah yang kuat untuk hidup dizaman ini. Al-Islam, Mastika, Solusi dan banyak lagi majalah keluar anak tempatan yang boleh aku baca yang tidak sedikitpun mengganggu emosiku ketika membaca. Selamat tinggal dunia fitnah.