Jumaat, 3 Jun 2011

Muslimah Dan Epal

Ada satu cerita yang berjaya menarik minat kami untuk menulis post kali ini.. Cerita ni kami tujukan untuk diri kami dan semua perempuan.. Kami tak cukup ilmu untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar.. Tapi kami yakin ilmu milik Allah yang kami perolehi cukup untuk kami sampaikan pada semua..

Bismillahirahmannirahhim~

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Fahamkah kisah di atas?? Yang mana satu kita?? Kami tak katakan orang yang bercouple itu umpama epal yang menjatuhkan dirinya.. Tidak.. Hak mereka untuk memilih di mana mereka, kami tujukan nasihat ini untuk semua hamba Allah.

PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA~ JANGAN SALAHKAN TAKDIR ANDAI DIRI SUDAH TERKENA, TAPI BERSABAR DAN BERSYUKURLAH KERANA TERSELIT BERIBU HIKMAH DISEBALIK SEMUANYA~

kami *hati, mental, fizikal