Mata aku tertancap pada satu post. Tup! Dup! Zup! Bup! Kup! Gup! Lup!. Apakan daya. Aku hanya mampu membaca. Dah kalau itulah takdirnya aku terima. yeke? InshaAllah.
Caption *frust menonggeng*.. Hahahaha. Tolong lahh. Air mata seorang hamba yang berdosa kerana bertaubat lagi berharga dari air mata seorang manusia kerana manusia. Tapi aku manusia biasa yang ada perasaan. Mustahil aku tak sedih. Tapi menonggeng tu bukanlah caranya.
"Hati kau dah berpunya. Siapa agaknya orang tu? Beruntungla dia sebab dapat apa yang aku tak dapat." Monolog hatiku. Mustahil itu aku, kerana aku dan dia berjauhan. Dia lelaki, mustahil aku dapat masuk dalam hatinya tanpa berjumpa di mata. Melainkan dia seorang perempuan. (Satu kekuasaan Allah menciptakan perbezaan yang ada dalam diri lelaki tetapi tiada dalam diri perempuan dan sebaliknya.) "Ya Allah kuatkan aku." Hatiku merintih. Pantas aku matikan komputer ribaku. Masuk ke dalam bilik tidur. Tubuhku dihenyakkan ke katil. "Ini ujian. Sedar tak sebenarnya doa kau untuk dia hampir makbul?" Satu suara berbisik. Suara batinku. Ya. Doa aku hampir termakbul. Mungkin gadis yang berjaya merebut hati dia itulah yang terbaik untuk dia. Bukankah itu ada dalam doa kudus aku? Ya.
Dialog harmoni antara aku dan batinku hilang serta merta saat adik kesayanganku menerjah kearahku dan bergurau senda. Ketawa. Kami ketawa. "Kau ada keluarga kau na. Lupakan pasal tu. Doa kau hampir termakbul. Allah takkan datangkan perasaan tu dalam hati dia kalau bukan atas kehendak Dia. Maknanya itu juga kehendak Allah." Aku keluar dari bilik tidur dan meluru masuk ke bilik tidur emak. Aku lihat emak dari sudut pandangan belakang. Aku peluk dan cium emak.
Ini family caye. Copat2 la kahwin abang oi. adekmu ini merindukan anak buah yang belum wujud. |
Aku tak boleh lemah kerana perasaanku tak berbalas. Memang hakikat berhubungan dengan manusia adakalanya menyakitkan. Tapi berhubungan dengan Allah takkan pernah menyakitkan. Pelukanku aku eratkan lagi. Aku bisik pada emak. "Nasya sayang mak." Mak menjawab. "Mak pun. Ala esok nasya dah nak balik. Tak ada siapa nak tolong mak buat kerja rumah lagi."
BALIK? BALIK MANA? weh esok nak balik UTeM dah? Allah..
Aku senyum. Aku mesti sibukkan diriku di UTeM. Tak sibuk pun sibukkan juga. Gunting kertas ke. Buat bintang ke. Potong kuku ke. Main rambut ke. Aku takkan lupa dia sebab dia kawan aku. Tapi aku lupakan kesakitan ni. Boleh bohhh. Boleh ajaaa.
Cinta tu Allah yang turunkan dalam hati manusia. Akal dan iman kita memilih dan memandu cinta tu samada kerana Allah dan berlandaskan syariat atau kerana nafsu dan berlandaskan maksiat. -not.from.me-
Peace cant be achieved by force. |
"Berterus teranglah aiedaien. Lama-lama kau simpan kau tak tahu perasaan dia pada kau berbalas tak, sakit jadinya. Aku dah rasa. Mungkin betul apa yang kawan kau tu cakap. Tapi apapun niatlah dalam hati kau nak jadikan dia isteri. Berterus teranglah pasal perasaan kau je. Kalau dia pun rasa macam kau rasa lepastu kau nak suruh dia tunggu kau lamar dia. Cakap jelah. Aku harap kau tak ajak dia untuk kapel. Aku pantang pada orang yang kapel. Aku tak pernah rasa orang kapel ni jahat. Yang aku rasa jahatnya adalah maksiat dalam kapel. Orang baik tapi maksiat yang jahat. Manusia biasa mana boleh lari dari godaan maksiat. Apa2 yang maksiat Allah tak redha. Perasaan aku pada kau kerana Allah. Aku taknak kau dekat pada maksiat. Aku harap kita boleh jumpa dekat syurga."
Aduhai poyonya. Tapi inilah yg aku nak sangat sampaikan pada dia. Tapi.... Tapi apa? Tapi takpalah. Cukuplah mendoakan dia je. *lari jauh-jauh*
aku juga manusia biasa.
yang tak terlepas dari salah.
sebab tu aku taknak ulang.
dan aku masih mencuba.