Pejam celik Pejam celik Pejam celik... Umur aku dah menginjak ke 19 tahun. Saat aku menaip coretan ini pun sudah menginjak ke pengakhiran bulan 8 tahun 2013.Samada masa yang terlalu pantas berlalu atau manusia yang lalai dalam memanfaatinya atau kedua-duanya.
Berbicara soal masa ligat otak mengingati kematian. Al-Fatihah Mohamad bin Abd Manan. Atuk yang telah menuju ke barzakh. Sehari sebelum arwah atuk pergi aku sempat menjaga lama dia dekat wad. Allah tunjukkan padaku kebesaran-Nya. Aku nampak tanda-tanda kematian yang ada padanya yang pernah aku pelajari. Mata atuk hilang serinya. Anak mata hitamnya menjadi kelabu dan memandang ke atas. Hidungnya turun. Badannya sejuk. Bicaranya tidak lagi jelas. Nafasnya deras. Allahuakhbar. Al-Fatihah. Ya.
Dan talkin itu dibaca untuk mereka yang hidup sebenarnya. MATI ITU PASTI.
Dan talkin itu dibaca untuk mereka yang hidup sebenarnya. MATI ITU PASTI.
Yang mati telah pergi. Yang hidup tetap diteruskan sebelum datangnya kematian. 1 september 2013. Detik aku akan menjadi mahasiswi universiti teknikal malaysia sebagai mahasiswi ijazah sarjana muda. Cewah (kalau umur panjang-in sha Allah) Belajar boleh menjadi satu ibadah kalau niat yang betul. Masa dekat matrik. Miss Ayissah selalu pesan masa usrah
'TAJDID NIAT DI TIGA WAKTU 1-PERMULAAN 2-PERTENGAHAN 3-PENGAKHIRAN'
Kadang aku terleka juga. Dalam drama selalu tunjuk pertemuan bibit cinta antara lelaki dengan perempuan dekat universiti. Di suntik lagi dengan gurau kasar dari hamba2 Allah. "macam manalah dekat U nanti. Mesti jumpa lagi ramai hensem2." Ketidakbetulan niat disitu. I dont want my husband being like that so do i am not like that first. Semoga Allah jauhkan aku dari lelaki yang bukan suami aku. Dan semoga Allah jauhkan aku dan mereka yang disituasi yang sama dengan aku dari situasi macam dalam drama tu.
Oh Ya satu ilmu aku dapat tahu.
ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA ISTILAH SAHABAT. HANYA KAWAN. DR-TUAH
Oh Ya satu ilmu aku dapat tahu.
ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA ISTILAH SAHABAT. HANYA KAWAN. DR-TUAH
-perasaan dan memiliki tak sama.
-Alhamdulillah Allah masih kekalkan perasaan ini.
-Alhamdulillah Allah masih kekalkan perasaan ini.
-dia tak pernah aku miliki dan aku tak pernah dia miliki.
-dari perasaan boleh memiliki tapi hanya Allah yang tahu.
-Bahagia dia bahagia aku juga. ceh. Dia dapat satu IPT. Alhamdulillah.
-Nasib baik aku darah AB kalau tak aku dah mengalah. Ok meaningless.
-Tapi sebenarnya keikhlasan bukan dari pakssan :-)
-Tapi sebenarnya keikhlasan bukan dari pakssan :-)
Ada rahsia di sebalik Ini Ana.