HARI PERTAMA - SABTU/4.5.2013
Ya. Macam biasa. Hanya Allah yang tahu apa perasaanku. Terharu. Gembira. Inilah antara karnival yang terlalu aku ingin pergi setelah bertahun-tahun (dari form3). Subhanallah. :'-)
|
Sangat tinggi. Dekat matrik tak rasa pun dia seorang yang tinggi lagi lampai. Ahh. Tinggi sungguh dia. Ataukah aku yang terlalu rendah? Astaghfirullah. Syukur. Syukur pada setiap kejadian. T.T |
|
Aku jadi rambang mata. Sangat rambang. |
|
Tanganku meraba saku seluar. Handphone?!! Ya Allah mana handphone??
Cari dalam beg. Tiada. Ya Allah. |
Berbagai andaian dalam fikiranku ketika itu.
Ya Allah cemasku hanya Kau yang tahu.
Mataku terpandang padanya. Aku harus khabarkan apa yang sedang berlaku. Dia mesti tahu. Kenapa? Kerana dialah yang bersama aku berjalan mencari lautan buku. (boleh jadi dia yg mengambil?) MUSTAHIL
Sudahku ucap, sudahku lafaz. (WOW) Aku tidak suka pada pandangan matanya.
Matanya membuatkan aku jadi rebah. Rebah dalam dunia ilusiku sendiri.
Wahai lelaki. Tundukkan pandanganmu.
Wahai wanita. Kuatkan jiwa dan ragamu.
Dalam kekalutan tiba-tiba Anis datang. Rupanya handphoneku berada dalam genggaman
tangannya. Ligat otakku berfikir bagaimana boleh berada dalam genggamannya.
Oh ya. Sungguh cemerkap aku ni. (dah ingat).. Tapi..
Sekurang-kurangnya dia menjaga handphoneku dengan rapi.
Sekurang-kurangnya handphoneku masih menjadi milik aku.
Usai berenang dilautan buku dan manusia dalam PWTC, kami bergerak mencari tempat makan. Keputusan dibuat dan KL sentral menjadi pilihan. Kami berangkat menggunakan KTM. Masuk-masuk KTM aku mencari tempat duduk. Penuh. Adapun tapi tidak cukup untuk aku yang menjingjing beg yang banyak. Mataku terpandang satu tempat yang kosong. Luas. Segera aku duduk disitu. Belum sempat lelahku terbuang datang ombak gelora dalam hati. Masha-Allah. Terpaksa aku duduk sebelah dia. Bukan tak sudi. Tapi hati meragam. (uuuu~)
Pada mulanya antara aku dan dia dipisahkan oleh jarak yang boleh lagi untuk anak kecik yang dah boleh berlari. Tiba disuatu perhentian yang tidak dikenalpasti masuk sepasang suami isteri (husnudzon) muda. Melihatkan tiada tempat duduk lain dan cuma tempat duduk aku yang masih punya ruang. Lantas dia memilih untuk duduk berdekatan aku dan dia. Oh. Ya Allah. Sempit. Aku menjadi sekecik-kecik diriku. Untuk memastikan ada jarak antara aku dengan dia dan antara aku dengan si suami tadi. Imaginasiku berada dalam tamanan bunga tapi dikawal oleh pandangan mak dan ayah.
Ketika di meja makan di dalam Food Court, satu kejadian yang agak aneh bagi aku berlaku. Entah di mana silapku, aku tidak menjadi professional. UNTUK SEKETIKA. Dan untuk seketika itu aku digelakkan. Entah di mana yang harus di ketawakan aku masih tidak jumpa jawapan. Biarkan~ Biarkan berlalu.
Hairan. Ketawanya membuatku terkedu. Di mana lucunya? Lucu? Di mana? Ooo lucu? Lucu oo lucu? Orang lain ketawa masih punya iman dan anak tekak masih tergantung dalam kerongkok mereka. Tapi dia galak benar dalam ketawanya bagaikan hampir tercabut anak tekaknya. Aku cuma memerhati dan memerhati dan.....
Kerana aku hanya mampu berimaginasi.
Tiada daya lagi upaya untuk merealisasikannya.
|
Huhah! Huhah! Huhah! |
Setiap pertemuan ada perpisahan.
Dan setiap perpisahan tak mustahil ada pertemuan lagi.
Walaupun aku sbgai _________ (hanya Allah yg tahu)
HARI KEDUA - AHAD/5.5.2013
Ya. Matahari sudah hampir segalah. Aku dengan Eimy sudah 'berabad' siap. Simpatiku jatuh pada Eimy, kerana menunggu terlalu lama sehingga terlelap. Juga simpati pada diriku sendiri. Terpengaruh dengan Eimy.
Sangkaanku meleset. Perjalanan yang ku sangka sekejab rupanya lama. T.T
Dalam perjalanan, mindaku ligat berputar. Sesuatu berlaku. Berlaku hanya pada aku seorang.
Bangun.. Kau bukan masa sekolah lagi. Dulu monyet yang bercinta. Dulu monyet yang ada perasaan. Sekarang aku bukan monyet. Maksudnya sekarang aku dah boleh berfikir serius. Jangan terbuai. Jangan. InshaAllah, Allah dah tetapkan untuk aku siapa jodohku. Tak boleh ada lelaki yang bertakhta dalam hati aku melainkan suami aku. Tak akan pernah ada lelaki yang 'mengikat'ku melainkan suami aku.Tak salah punya perasaan. Cuma kawal. Andai berjodoh maka itulah jodohku. Cukup umur, punya ilmu agama, cukup keperluan maka datanglah dengan berani dan ikhlas untuk pikul tanggungjawab. Siapa lelaki tu? Hanya Allah yang tahu.
Bukan keinginan. Sama sekali bukan. Tapi aku terpaksa lena. Dan bukan salah Eimy.
Kagumku jatuh pada Ila. Mungkin kebiasaannya. Mungkin juga tidak kebiasaannya tidur dalam kereta.
|
Sampai-sampai kami terus menuju ke arah peta canggih ni. |
|
Peta canggih tu bertujuan nak cari mana KFC. Lapar dah ni.. T.T |
Pukul 2 sehingga 6 kami berjalan tanpa henti.
Ya. Ini keinginanku dan boleh jadi mungkin Eimy juga. :'-)
Dalam hati, ku utuskan. Ya Allah dekatkanlah jodoh mereka. :'-)
Afiq, kau jaga anis baik2. Didik dia jadi isteri solehah kalau korang berjodoh.
HARI TERAKHIR - ISNIN/6.5.2013
|
Sayonara KL.. Sayonara Selangor.. Sayonara TOMODACHI-(EX-001).. :'-)
|
Jangan pandang seseorang melalui masa silamnya.
Tetapi pandanglah dia melalui masa sekarangnya.