Jumaat, 20 September 2013

Kucing-kucing~




3 Minggu aku berada di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Pelbagai cabaran dan ragam aku hadapi dan perhatikan. Apabila perasaan penat menerpa, aku jadi rindu. Rindu pada keluarga usah dikatalah kannn.. Memang tahap 5 bintang. Rindu pada seseorang tahap 4 bintang. Rindu pada seseekor tahap 4 bintang juga.


Rindu itu adalah ~
Anugerah dari Aallah ~
Insan yang berhati nurani ~
Punyai rasa rindu ~


sedang-sedang membaca scroll tweet ke bawah. Tiba-tiba terjumpa ni...


Apo laeii... Den torus ah turun ke bawah bilik puteri. Terkocoh den berlari nak jumpa hubby ni.. Yola haii.. Kat utem ni susah pula nak jumpa kucing jinak. Sakit puloookkkk ati kito ni.





Hubby suka duduk dalam almari bajuuu. :-)

Hah. Gambar niii.. Sekarang ni lahh. tengah berlaku ni..
Gambar ni hubby tengah tidur dalam kain kita. Penat main tadi kan..
Comelnya hubby kitaaaaaaaaaaaaa..

Isnin, 19 Ogos 2013

Ini Ana

Pejam celik Pejam celik Pejam celik... Umur aku dah menginjak ke 19 tahun. Saat aku menaip coretan ini pun sudah menginjak ke pengakhiran bulan 8 tahun 2013.Samada masa yang terlalu pantas berlalu atau manusia yang lalai dalam memanfaatinya atau kedua-duanya.

Berbicara soal masa ligat otak mengingati kematian. Al-Fatihah Mohamad bin Abd Manan. Atuk yang telah menuju ke barzakh. Sehari sebelum arwah atuk pergi aku sempat menjaga lama dia dekat wad. Allah tunjukkan padaku kebesaran-Nya. Aku nampak tanda-tanda kematian yang ada padanya yang pernah aku pelajari. Mata atuk hilang serinya. Anak mata hitamnya menjadi kelabu dan memandang ke atas. Hidungnya turun. Badannya sejuk. Bicaranya tidak lagi jelas. Nafasnya deras. Allahuakhbar. Al-Fatihah. Ya.
Dan talkin itu dibaca untuk mereka yang hidup sebenarnya. MATI ITU PASTI.

Yang mati telah pergi. Yang hidup tetap diteruskan sebelum datangnya kematian. 1 september 2013. Detik aku akan menjadi mahasiswi universiti teknikal malaysia sebagai mahasiswi ijazah sarjana muda. Cewah (kalau umur panjang-in sha Allah) Belajar boleh menjadi satu ibadah kalau niat yang betul. Masa dekat matrik. Miss Ayissah selalu pesan masa usrah
'TAJDID NIAT DI TIGA WAKTU 1-PERMULAAN 2-PERTENGAHAN 3-PENGAKHIRAN

Kadang aku terleka juga. Dalam drama selalu tunjuk pertemuan bibit cinta antara lelaki dengan perempuan dekat universiti. Di suntik lagi dengan gurau kasar dari hamba2 Allah. "macam manalah dekat U nanti. Mesti jumpa lagi ramai hensem2." Ketidakbetulan niat disitu. I dont want my husband being like that so do i am not like that first. Semoga Allah jauhkan aku dari lelaki yang bukan suami aku. Dan semoga Allah jauhkan aku dan mereka yang disituasi yang sama dengan aku dari situasi macam dalam drama tu.

Oh Ya satu ilmu aku dapat tahu.
ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TIADA ISTILAH SAHABAT. HANYA KAWAN. DR-TUAH

-perasaan dan memiliki tak sama.
-Alhamdulillah Allah masih kekalkan perasaan ini.
-dia tak pernah aku miliki dan aku tak pernah dia miliki.
-dari perasaan boleh memiliki tapi hanya Allah yang tahu.
-Bahagia dia bahagia aku juga. ceh. Dia dapat satu IPT. Alhamdulillah.
-Nasib baik aku darah AB kalau tak aku dah mengalah. Ok meaningless.
-Tapi sebenarnya keikhlasan bukan dari pakssan :-)

Ada rahsia di sebalik Ini Ana. 

Jumaat, 10 Mei 2013

Yang Terhebat

KETIKA Allah telah menciptakan bumi dan bumi selalu bergerak, maka Allah pun menciptakan gunung-ganang dan meletakkannya diatas bumi, sehingga terhentilah gerakan dan goncangan bumi. Maka kagumlah para Malaikat.

Seraya mereka berkata, "Ya Allah, apakah ada dari ciptaan Mu yang lebih hebat dari gunung-ganang ini?"

Allah menjawab, "Ya ada, ia itu besi."

Para Malaikat bertanya lagi, "apakah ada Ya Allah yang lebih hebat dari besi?"

Allah menjawab, "Ya ada, ia itu api."

Para Malaikat bertanya lagi, "Ya Allah, apakah ada yang lebih hebat dari api?"

Allah menjawab, "Ya, ada, ia itu air."

Para Malaikat bertanya lagi, "apakah ada Ya Allah yang lebih hebat dari air?"

Allah menjawab, "Ya ada ia itu angin."

Para Malaikat bertanya lagi, "apakah ada Ya Allah yang lebih hebat dari angin?"

Allah menjawab, "Ya ada ia itu keturunan Adam, yang memberikan sesuatu derma dengan tangan tangannya dan merahsiakan dari tangan kirinya, maka dia lebih hebat dari angin."



*dari DIARI SUFI
sobsobsobsobsobsobss
(tertinggal dlm kereta afiq)

Travel To KL (Biarlah Gambar Bercerita)


HARI PERTAMA - SABTU/4.5.2013



Ya. Macam biasa. Hanya Allah yang tahu apa perasaanku. Terharu. Gembira. Inilah antara karnival yang terlalu aku ingin pergi setelah bertahun-tahun (dari form3). Subhanallah. :'-)




Sangat tinggi. Dekat matrik tak rasa pun dia seorang yang tinggi lagi lampai.  Ahh. Tinggi sungguh dia. Ataukah aku yang terlalu rendah? Astaghfirullah. Syukur. Syukur pada setiap kejadian.  T.T

Aku jadi rambang mata. Sangat rambang.

Tanganku meraba saku seluar.  Handphone?!! Ya Allah mana handphone??
Cari dalam beg. Tiada.  Ya Allah.

Berbagai andaian dalam fikiranku ketika itu. 
Ya Allah cemasku hanya Kau yang tahu.


Mataku terpandang padanya. Aku harus khabarkan apa yang sedang berlaku. Dia mesti tahu. Kenapa? Kerana dialah yang bersama aku berjalan mencari lautan buku. (boleh jadi dia yg mengambil?) MUSTAHIL



Sudahku ucap, sudahku lafaz. (WOW) Aku tidak suka pada pandangan matanya. 
Matanya membuatkan aku jadi rebah. Rebah dalam dunia ilusiku sendiri.
Wahai lelaki. Tundukkan pandanganmu.
Wahai wanita. Kuatkan jiwa dan ragamu.



Dalam kekalutan tiba-tiba Anis datang. Rupanya handphoneku berada dalam genggaman
tangannya. Ligat otakku berfikir bagaimana boleh berada dalam genggamannya.
Oh ya. Sungguh cemerkap aku ni. (dah ingat).. Tapi..


Sekurang-kurangnya dia menjaga handphoneku dengan rapi.
Sekurang-kurangnya handphoneku masih menjadi milik aku.


Usai berenang dilautan buku dan manusia dalam PWTC, kami bergerak mencari tempat makan. Keputusan dibuat dan KL sentral menjadi pilihan. Kami berangkat menggunakan KTM. Masuk-masuk KTM aku mencari tempat duduk. Penuh. Adapun tapi tidak cukup untuk aku yang menjingjing beg yang banyak. Mataku terpandang satu tempat yang kosong. Luas. Segera aku duduk disitu. Belum sempat lelahku terbuang datang ombak gelora dalam hati. Masha-Allah. Terpaksa aku duduk sebelah dia. Bukan tak sudi. Tapi hati meragam. (uuuu~)


Pada mulanya antara aku dan dia dipisahkan oleh jarak yang boleh lagi untuk anak kecik yang dah boleh berlari. Tiba disuatu perhentian yang tidak dikenalpasti masuk sepasang suami isteri (husnudzon) muda. Melihatkan tiada tempat duduk lain dan cuma tempat duduk aku yang masih punya ruang. Lantas dia memilih untuk duduk berdekatan aku dan dia. Oh. Ya Allah. Sempit. Aku menjadi sekecik-kecik diriku. Untuk memastikan ada jarak antara aku dengan dia dan antara aku dengan si suami tadi. Imaginasiku berada dalam tamanan bunga tapi dikawal oleh pandangan mak dan ayah.



Ketika di meja makan di dalam Food Court, satu kejadian yang agak aneh bagi aku berlaku. Entah di mana silapku, aku tidak menjadi professional. UNTUK SEKETIKA. Dan untuk seketika itu aku digelakkan. Entah di mana yang harus di ketawakan aku masih tidak jumpa jawapan. Biarkan~ Biarkan berlalu.



Hairan. Ketawanya membuatku terkedu. Di mana lucunya? Lucu? Di mana? Ooo lucu? Lucu oo lucu? Orang lain ketawa masih punya iman dan anak tekak masih tergantung dalam kerongkok mereka. Tapi dia galak benar dalam ketawanya bagaikan hampir tercabut anak tekaknya. Aku cuma memerhati dan memerhati dan.....

Kerana aku hanya mampu berimaginasi. 
Tiada daya lagi upaya untuk merealisasikannya.

Huhah! Huhah! Huhah!


Setiap pertemuan ada perpisahan.
Dan setiap perpisahan tak mustahil ada pertemuan lagi.
Walaupun aku sbgai _________ (hanya Allah yg tahu)


HARI KEDUA - AHAD/5.5.2013



Ya. Matahari sudah hampir segalah. Aku dengan Eimy sudah 'berabad' siap. Simpatiku jatuh pada Eimy, kerana menunggu terlalu lama sehingga terlelap. Juga simpati pada diriku sendiri. Terpengaruh dengan Eimy.


Sangkaanku meleset. Perjalanan yang ku sangka sekejab rupanya lama. T.T
Dalam perjalanan, mindaku ligat berputar. Sesuatu berlaku. Berlaku hanya pada aku seorang.
Bangun.. Kau bukan masa sekolah lagi. Dulu monyet yang bercinta. Dulu monyet yang ada perasaan. Sekarang aku bukan monyet. Maksudnya sekarang aku dah boleh berfikir serius. Jangan terbuai. Jangan. InshaAllah, Allah dah tetapkan untuk aku siapa jodohku. Tak boleh ada lelaki yang bertakhta dalam hati aku melainkan suami aku. Tak akan pernah ada lelaki yang 'mengikat'ku melainkan suami aku.Tak salah punya perasaan. Cuma kawal. Andai berjodoh maka itulah jodohku. Cukup umur, punya ilmu agama, cukup keperluan maka datanglah dengan berani dan ikhlas untuk pikul tanggungjawab. Siapa lelaki tu? Hanya Allah yang tahu.


Bukan keinginan. Sama sekali bukan. Tapi aku terpaksa lena. Dan bukan salah Eimy.
Kagumku jatuh pada Ila. Mungkin kebiasaannya. Mungkin juga tidak kebiasaannya tidur dalam kereta.



Sampai-sampai kami terus menuju ke arah peta canggih ni.

Peta canggih tu bertujuan nak cari mana KFC. Lapar dah ni.. T.T




Pukul 2 sehingga 6 kami berjalan tanpa henti.
Ya. Ini  keinginanku dan boleh jadi mungkin Eimy juga. :'-)
Dalam hati, ku utuskan. Ya Allah dekatkanlah jodoh mereka. :'-)
Afiq, kau jaga anis baik2. Didik dia jadi isteri solehah kalau korang berjodoh.


HARI TERAKHIR - ISNIN/6.5.2013



Sayonara KL.. Sayonara Selangor.. Sayonara TOMODACHI-(EX-001).. :'-)


Jangan pandang seseorang  melalui masa silamnya.
Tetapi  pandanglah dia melalui masa sekarangnya.

Selasa, 30 April 2013

SAHABAT UNTUK SELAMANYA

Pandanganku tertacap pada skrin telefon bimbitku. Mesej masuk. Senyumanku terukir. Terukir dari bibir dan hati yang bahagia. Bait ayatnya membuatku jadi rindu pada segala kenangan bersama rakan-rakan dan dirinya di sana. 

Usai membalas mesej. Fikiranku melayang. Pandanganku tidak selari dengan fikiranku. Syiling bilik tidur yang putih bersih seakan sebuah skrin layang. Terimbau saat bagaimana Allah mempertemukan aku dengan sahabatku ini. 

Perasaan suudzon yang bermaharajalela tak pernah hilang dlm hati aku utk dia. Kutukan demi kutukan diterimanya oleh hatiku tanpa diketahuinya. Tidak. Dia tidak sempurna. Tapi ketidaksempurnaan seorang sahabat melengkapkan kehidupan aku. Dan aku sendiri masih tidak pernah sempurna walaupun dia melengkapi kehidupanku. Sempurnanya mungkin pada luaran dan sebahagian dalaman. Tapi kesempurnaan luarannya bukan itu yang aku pilih menjadi sahabat. Kesempurnaannya hanya terbit dan terlihat oleh hatiku sndri.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.
(Al-Hujurat 49 :13)


Tiada bait kata yang sesuai utk aku tafsirkan perasaanku. Cuma disebaliknya, aku berharap agar apa yang aku rasa ini berkekalan. Sahabat tidak sama seperti kawan. Mereka yang sebelum ini kawan. Kau..

*kau sahabat aku selamanya.