Jumaat, 10 Ogos 2012

Perasaan Ini Lumrah

Teringat aku pada ucapan roomate ku dahulu.
Tak salah punya perasaan suka pada berlainan jantina..
Asal dirahsiakan perasaan itu..

Aku menyoal sedangkan aku tahu jawapannya (mungkin).
Kerana perasaan itu lumrah manusia..
Asalnya ia bukan kerana nafsu..
Tapi menjadi nafsu kerana meluahkan..

Apabila kita pendam perasaan suka pada berlainan jantina..
Itu juga dikira jihad!!
KENAPA?
Kerana kita menahan nafsu iaitu kehendak kita.
Berbaloikan??

*semoga dirinya bukan penyebab imanku goyah
semoga diriku juga bukan penyebab imannya goyah.





Selasa, 6 Mac 2012

Beginikah Hidup Akhir Zaman?

Mataku tertacap pada kaca televisyen. Siaran rancangan Buletin Utama TV3 yang sedang disiarkan sedikit sebanyak menggugat perasaanku kala itu. FITNAH! FITNAH! FITNAH! Hatiku menjerit namun tidak pula aku keluarkan dimulut. Ah! sama sahaja keadaannya, jika aku luahkan melalui tubir bibir ku. Tetap sahaja FITNAH itu disiarkan. Apa? Tentang Apa? Tentang apa yang aku katakan FITNAH? AH.. cukup, tak usah aku katakan. Banyak dan terlalu banyak.

Aku teringat saat aku ajukan persoalan yang terbenam dalam hatiku mengenai Buletin Utama TV3. Ayah katakan, "Sudah, ayah sudah hantar mesej kepada syarikat penerbitan tv3 ni supaya jangan disebarkan berita yang sebegini dan sebegitu kerana itu adalah FITNAH. Tapi syarikat tu balas, 'maaf, kami terpaksa melakukannya. Kami hanya menyampaikan apa yang telah diberitakan oleh kami daripada mereka yang diluar sana'"

Terkedu aku. Astaghfirullaha'adzim. Terus aku maju mencapai alat kawalan jauh televisyen dan 'tup' kaca televisyen yang tadi berwarna dan bergambar kini hitam, gelap dan kosong. Kosong seperti fikiranku ketika itu. Aku juga ingin mengetahui berita dan isu-isu semasa. Tapi............... Surat Khabar? Ah. Sama sahaja isinya. Tapi itu tak membuat aku seperti katak dibawah tempurung. Tidak. Aku remaja. Remaja Islam. Yang perlukan ilmu yang banyak selain iman dan akidah yang kuat untuk hidup dizaman ini. Al-Islam, Mastika, Solusi dan banyak lagi majalah keluar anak tempatan yang boleh aku baca yang tidak sedikitpun mengganggu emosiku ketika membaca. Selamat tinggal dunia fitnah.

"Tiada apa. Terkadang aku jadi keliru dengan dunia. Aku tak berani memilih siapa yg benar dan siapa yg salah. Takut di dalam aku memilih. Aku jadi zalim pada diriku. Aku jadi hina di hadapan Allah dan Rasulullah. Cukuplah aku berserah pada Allah yang Berhak Mengadili sama ada di dunia mahupun di akhirat. Dan aku hanya mampu menyokong setiap perbuatan yang baik yang membantu agama ISLAM selagi ia tidak memperalatkan agama." -akuinginmenjadimujahidahagamaku-