Rabu, 22 Jun 2011

Kenangan yang akan tercipta~

Assalamu'alaikum.. Dah lama rasanya tak menekan butang berhuruf ni untuk blog..Kami baru ja balik dari latihan tarian 1 Malaysia.. Hahaha.. Rajin sungguh kami.. hehehe.. la~la~la~

Kenapa kami jadi macam ni?? Kenapa?? Kerana tahun 2011.. Ya!! Tahun terakhir kami menjalani kehidupan bersekolah~


SEBAB ITU~

Kami ingat taknak tertinggal walau satu latihan pun lepas ni..
Kami jugak taknak lepas walau satu aktiviti sekolah pun lepas ni..
Kami jugak taknak cuti walau satu kali masa hari sekolah pun lepas ni..
Seandainya tak ada aral yang melintang..

Paling utama sekali, kami nak hubungan kami dengan semua orang kat sekolah tu baik..
kalau boleh~ dengan makcik2 cleaner tu.. even non-muslim..
Asal jumpa je, selamat sejahtera auntie..
Seandainya tak ada yang membuatkan kami terlupa dan melekakan..


*ya Allah, terima kasih kerana Kau menghadiahkan kami..
SAHABAT yang susah dan senang sentiasa bersama..
KASIH SAYANG yang tidak berbelah dalam jiwa kami..
ILMU yang dipinjamkan Engkau untuk kegunaan kami..
Berikanlah kami semua kejayaan di dunia dan akhirat-Mu..

*kami : jiwa, mental, fizikal

Jumaat, 3 Jun 2011

Muslimah Dan Epal

Ada satu cerita yang berjaya menarik minat kami untuk menulis post kali ini.. Cerita ni kami tujukan untuk diri kami dan semua perempuan.. Kami tak cukup ilmu untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar.. Tapi kami yakin ilmu milik Allah yang kami perolehi cukup untuk kami sampaikan pada semua..

Bismillahirahmannirahhim~

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Fahamkah kisah di atas?? Yang mana satu kita?? Kami tak katakan orang yang bercouple itu umpama epal yang menjatuhkan dirinya.. Tidak.. Hak mereka untuk memilih di mana mereka, kami tujukan nasihat ini untuk semua hamba Allah.

PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA~ JANGAN SALAHKAN TAKDIR ANDAI DIRI SUDAH TERKENA, TAPI BERSABAR DAN BERSYUKURLAH KERANA TERSELIT BERIBU HIKMAH DISEBALIK SEMUANYA~

kami *hati, mental, fizikal