Khamis, 29 Disember 2011

CINTA vs SUKA

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang
yang kita suka,
kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta…
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka…
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup
mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda
cinta….
Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan…
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku…

aduhaimedia.com

Khamis, 15 September 2011

Tanda Sayang Paling Berharga

************************************


Seorang lelaki masuk ke Butik Khadijah dan ingin memilih hadiah buat tunangnya. Lelaki tersebut meminta pendapat Humairah untuk memilih hadiah yang sesuai untuk tunangnya.
Humairah bertanya kepadanya.
"Encik taknak pilih tudung sebagai hadiah?"
Lelaki tersebut menggeleng. Humairah bertanya lagi,

"Kenapa encik taknak hadiahkan tudung?"

Lelaki tersebut menjawab.
"Tudung? Alahai dik, dah sinonim sangat la tudung ni."
Humairah menggeleng.
"Encik silap. Pemberian tudung tu sebenarnya tanda kasih sayang encik yang mendalam pada tunang encik."
Lelaki tersebut memandang wajah Humairah lalu bertanya.
"Kenapa pulak?"

Humairah tersenyum lalu menjawab.
"Encik, Allah menyuruh wanita supaya bertudung kerana Allah sayangkan golongan wanita. Tudung dapat mengelakkan kaum wanita terhindar dari fitnah dunia. Jadi tudung yang encik beri ni sebagai tanda kasih sayang encik supaya tunang encik terus terpelihara dari fitnah dunia dan yang paling utama azab neraka. Bukankah itu tanda kasih sayang yang paling berharga? Perempuan yang pakai tudung dengan sempurna mengikut syarak jugak akan nampak lebih sopan dan manis. Encik mesti nak tunang encik nampak macam tu kan?"
Lelaki tersebut terkedu mendengar hujah Humairah yang nampak bersahaja tapi berbisa.
"Ye. Memang betul. Abang suka hujah adik. Tapi ada tak sebab lain kenapa abang mesti hadia
hkan tudung pada tunang abang?"
Humairah tersenyum. Lelaki itu sudah mula berminat untuk mendengarnya.

"Ada. Aurat seorang wanita hanya untuk lelaki ajnabinya sahaja. Jadi, bila tunang encik bertud
ung, auratnya terpelihara untuk encik seorang apabila encik menjadi suaminya nanti. Bukan untuk tatapan orang lain secara murahan. Bukankah itu hadiah yang bernilai untuk seorang suami?"
Lelaki tersebut tersenyum. Jawapan Humairah tadi betul-betul menyentuh hatinya.

"Baiklah. Tolong abang pilihkan tudung yang sesuai dengan warna kulitnya yang kuning langsat."


*petikan novel.

Rabu, 22 Jun 2011

Kenangan yang akan tercipta~

Assalamu'alaikum.. Dah lama rasanya tak menekan butang berhuruf ni untuk blog..Kami baru ja balik dari latihan tarian 1 Malaysia.. Hahaha.. Rajin sungguh kami.. hehehe.. la~la~la~

Kenapa kami jadi macam ni?? Kenapa?? Kerana tahun 2011.. Ya!! Tahun terakhir kami menjalani kehidupan bersekolah~


SEBAB ITU~

Kami ingat taknak tertinggal walau satu latihan pun lepas ni..
Kami jugak taknak lepas walau satu aktiviti sekolah pun lepas ni..
Kami jugak taknak cuti walau satu kali masa hari sekolah pun lepas ni..
Seandainya tak ada aral yang melintang..

Paling utama sekali, kami nak hubungan kami dengan semua orang kat sekolah tu baik..
kalau boleh~ dengan makcik2 cleaner tu.. even non-muslim..
Asal jumpa je, selamat sejahtera auntie..
Seandainya tak ada yang membuatkan kami terlupa dan melekakan..


*ya Allah, terima kasih kerana Kau menghadiahkan kami..
SAHABAT yang susah dan senang sentiasa bersama..
KASIH SAYANG yang tidak berbelah dalam jiwa kami..
ILMU yang dipinjamkan Engkau untuk kegunaan kami..
Berikanlah kami semua kejayaan di dunia dan akhirat-Mu..

*kami : jiwa, mental, fizikal

Jumaat, 3 Jun 2011

Muslimah Dan Epal

Ada satu cerita yang berjaya menarik minat kami untuk menulis post kali ini.. Cerita ni kami tujukan untuk diri kami dan semua perempuan.. Kami tak cukup ilmu untuk menasihati dan memberi tunjuk ajar.. Tapi kami yakin ilmu milik Allah yang kami perolehi cukup untuk kami sampaikan pada semua..

Bismillahirahmannirahhim~

Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.

Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.

Susah di petik, susah di gapai.

Terkadang epal itu risau,
kenapa la diriku belum di petik?

Lantas ia merendahkan martabatnya
dan mengugurkan diri menyembah tanah.

Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya,
sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?

Fahamkah kisah di atas?? Yang mana satu kita?? Kami tak katakan orang yang bercouple itu umpama epal yang menjatuhkan dirinya.. Tidak.. Hak mereka untuk memilih di mana mereka, kami tujukan nasihat ini untuk semua hamba Allah.

PENGALAMAN MEMATANGKAN USIA~ JANGAN SALAHKAN TAKDIR ANDAI DIRI SUDAH TERKENA, TAPI BERSABAR DAN BERSYUKURLAH KERANA TERSELIT BERIBU HIKMAH DISEBALIK SEMUANYA~

kami *hati, mental, fizikal

Selasa, 3 Mei 2011

Burung Oh Burung~ part III


minggu pertama: 2 biji telur burung belum menetas.. (musim mengeram) :DDD
minggu kedua: 2 biji telur burung belum menetas..
minggu ketiga: telur burung dah menetas.. anak burung dalam keadaan bogel..
minggu keempat: anak burung mula buat kecoh.. mereka sudah berbulu.. =))
minggu kelima: anak burung sudah pergi..

Burung Oh Burung~ part II

Burung!! Burung!!
Burung yang dahulu di eksperimen telah TERBANG kemudian DATANG KEMBALI!!
EXCITED!! :DDD
Tau tak tau tak?? Burung tu bertelur lg!! DUA BIJI!! BUJUR~ comel :DDD!!!
OK OK!! lupakan excited!! janji tetap janji~ =="

sambungan yang lepas..

MINGGU ke-4: anak burung hilang ==" (sudah pandai terbang)
FEELING: tidak terkata sedihnya =='
KONKLUSI: harimau mati meninggalkan belang, burung hidup meninggalkan sarang!!

Ahad, 27 Mac 2011

Burung oh Burung~

minggu pertama: anak burung bog**l tanpa bulu
minggu kedua: anak burung mula berbulu dan boleh membuka mata, tapi masih belum boleh mengenal antara manusia dan ibundanya..
minggu ketiga: anak burung sudah makin kuat berbunyi, tapi masih belum tahu mencari makanan..
minggu keempat: - (dalam proses mengkaji)

minggu ketiga hampir masuk minggu keempat~




=) sungguh gembira apabila ibu burung memberi anaknya makan, bunyi riuh si anak merayu diberi makan oleh ibunya.. sweet family~